Vensheartx ♥

Follow|Home
Saturday, November 25, 2017 | 9:03 AM | 0 comments
Percaya Hantu? 

Kalau kau tengah tidur, then tetiba kau rasa ada orang ketuk ketuk dari bawah katil kau,  apa yang kau rasa?

Takut? 

Nak menangis?

Try baca ayat ayat suci?

Aku tak pernah rasa dialami benda benda ghaib macam ni. As a student, banyak juga tempat aku merantau untuk cari ilmu, start dari form 4 di mana aku diterima masuk dalam sekolah SBP. Situ jugalah aku mula hidup sorang sorang. Independant la juga, and kat situ jugalah aku mula jadi aware dengan benda benda ini. Okey, kita specify kan lagi skop. Aku betul betul mula aware when kawan aku tanya soalan macam ini :

''Percaya tak?''

Aku pandang Zahid. ''Percaya what?'' 

Zahid tepuk dahi. Gaya betul betul dah give up dengan aku sungguh. ''Wei kau ni memang ada masalah nak bagi attention ke hah? matilah kalau aku kena ulang banyak banyak kali''

Aku tergelak kecil. Budak rambut serabai ini mendengus. Buku buku di atas meja ditutup satu persatu dengan cermat; Tak kelam kabut tapi tak berapa nak slow. Bagus budak ini. Memang yang jenis jaga buku. 

''Percaya apa?'' Sekali lagi aku tanya. Tak marah pun soalan yang tadi di ignore sebab memang patut di ignore pun. Sungguh aku tak perasan apa yang mamat ni babbling pada aku. Aku memang begitu. Terlalu fokus dengan kerja. 

''I said, kau percaya hantu tak?'' 

Aku consider soalan tu kejap. Soalan yang tak pernah terlintas kat kepala aku, so agak lama aku termangu. Nak kata yer, aku bukannya ada experience kena kacau. Nak kata tak, terasa diri ini bongkak sebab secara asasnya, hantu ini syaitan, dan syaitan ini wujud. 

Aku pandang Zahid balik. Sebelum aku buka mulut, terus dia cut aku. ''Wait. Jangan jawab soalan dengan soalan''

Cis. 

''Mesti kau dah agak kan aku nak tanya kenapa kau tanya soalan macam tu''

Buku-buku Zahid yang ditutup tadi sekarang dah berada dalam susunan yang tersangat kemas, tinggal nak letak dalam beg sahaja. Seriouslah budak ni..aku berkawan dengan perfectionist ke?  ''Haah. Its pretty much predictable. So anyway, apa jawapan kau?''

''Entah'' Aku jawab, jujur. ''Now boleh tak kau jawab soalan yang kau predict aku tanya tadi?'' Entah kenapa aku tiba tiba jadi curious. Mungkin sebab inilah first time aku berkenalan dengan Zahid, dia tanya benda benda paranormal ini. 

Kami baru berkawan selama 5 bulan, masing-masing fresh bau straight A PMR, pindah sekolah lama and masuk sekolah asrama. Mula-mula bertegur sapa dalam dorm, as dormmates. Then esoknya, baru perasan kami kelas sama and secara kebetulan, jadi deskmate. Geli pun ada. Macam cerita hindustan pula sebab banyak betul kebetulan. Then lama-lama feeling paranoid merepek aku itu hilang and kami jadi rapat. Bestfriend? yea. Gays? tolong jangan label kami gay. 

''Aku tanya sebab sejak menjak ini, senior bilik kita terima text whatsapp pelik pelik'' 

''Hah? text pelik pelik? Zahid angguk. Bersungguh betul muka. Macam lah betul rumors tu. ''Pelik macam mana tu? entahkan warden nak troll kome la tu sebab bawa henfon balik dorm'' Aku jawab, lepastu gelak sendiri dengan lawakku. Zahid yang muka serious tadi pun turut ketawa. 

''SHHHH!''  Budak perempuan berdekatan menegur. Oh lupa, Ini library. Sedap je terbelahak gelak. Aku mengangkat tangan tanda maaf, tapi minah tu buat tak endah je and sambung balik fokusnya pada meja belajarnya (iyer ke study?) Ceh.

''sial lah kau ni. I'm telling you, it's true!'' Tanpa aku sedar, buku-buku dan peralatan tulis aku pun Zahid sapu tolong kemaskan. Aku tersengih sambil berdiri mengikut Zahid yang telah melangkah pergi ke pintu keluar library

''Mana kau tahu? Aku menanya. Saja menduga Zahid. 

''Sebab classmate kita pun sama kena. People are talking about it la Raziq, kau tak notice ke''

Yes, sebenarnya aku perubahan dengan perubahan butir bicara classmate aku sejak menjak ini. Semua sibuk berbincang pasal text yang mereka dapat tepat pukul 3.33 pagi. Yang creepynya, text yang diberi adalah dari nombor berkod +333, yang memang tak wujud pun kat mana mana negara. Kalau +60, memang sah sahlah orang malaysia. Or lagi tepat budak sekolah ini yang ingat kelakar jadi prankster hantar text pagi pagi buta.

''So kau nak cakap ini semua hantu yang buat lah?''

Zahid terdiam sebelum menjawab ''Mungkin. Sebab text yang mereka dapat semua pelik-pelik. And part paling seram, memang sama''

''Memang sama? Text macam mana tu?''

Zahid berhenti berjalan, dan secara refleks, aku pun terikut sekali. ''Wei apasal?''

''Kau nak tengok?'' 

''Huh?''

Sepantas kilat Zahid menarik tangan aku; dan aku pula, terkejut sampai tak bagi apa apa respon selama mungkin dalam jangkaan 10 saat. Aku dipimpin sampai ke belakang blok tandas laki, tempat yang sunyi. Jarang students lalu lalang di sini, kerana kata orang, kawasan ini area 'keras'

''Weh kau dah kenapa Zahid?!'' Aku membentak, sedikit bengang dengan perangai budak ini. Sebelum aku boleh sembur kata kata baran, cepat sahaja Zahid memotong.

''Shh'' Jari yang diletakkan di mulutnya tu sedikit tergetar, then, setelah memandang kiri dan kanan untuk cek line, barulah Zahid mengeluarkan something dari poket seluar sekolahnya. Terbeliak mata aku bila terpandang Zahid mengeluarkan henfon minote 4x.

''Wei..'' Aku try slowkan suara aku, memang susah sebab rasa nak fire budak ini cukup-cukup. Kalau cikgu nampak ni memang nahas, bukan setakat potong merit, tapi banyak lagi punishment yang kena hadap nanti. ''Apa kau buat ini? ni kalau sir Badri nampak ni..'' 

''Aku nak tunjuk kau satu benda'' Selepas beberapa swipe akhirnya Zahid menunjuk chatroom whatsapp dia dengan nombor unknown. 


kekekkekekekekekehasdhbcag 66666 uashda
asergtfhy *&*765580-)(1212@@><+
nk rse mti?

Bulu roma aku menegang "weh serious shit lah? Don't tell me kau pun dapat?'' Aku memandang tepat pada wajah Zahid, yang makin lama aku tengok makin pucat pun ada. Tapi apa yang dia boleh buat pun hanyalah angguk saja dengan soalan aku tadi.

''Kau tengok ayat last tu. Dia cakap nak rasa mati?'' 

Aku angguk. "Ni prank kot Zahid. Kau janganlah paranoid sangat'' aku cuba menenangkan kawan aku seorang ini. Lenyap terus hajat nak maki Zahid tapi feeling yang ada sekarang is rasa takut pulak. Walaupun aku cakap benda ini prank tapi entah kenapa aku sendiri terasa seramnya dengan text whatsapp ini.

"Aku tak tahulah Fariq, setakat ini orang orang yang dapat text ini semua BBM. Semua balik rumah sebab sakit"

Aku terdiam. Kelas kami dulu semua kecoh apabila Amani, classmate aku, bagitau yang dia ada terima mesej pelik di whatsapp. Then a few days after, minah tu demam panas teruk sampai BBM (ataupun balik bermalam, term yang budak asrama guna untuk refer balik rumah, in other words tak stay kat dorm)

''Entahlah Zahid. Tapi yang aku tahu sekarang ini, Aku nak balik dorm. Nak dekat maghrib dah ni'' 

''Yeah yeah, jom balik. Aku pun dah rasa lain macam duduk kat sini dengan berdua dengan kau'' 

''Bodoh lah, kau yang tarik aku kan, laknat!"

Akhirnya, aku mampu buat Zahid gelak walaupun aku juga rasa tak sedap hati.

-----------------------
Written by : Aliaa Sorfina 2017



0 Comments available :

Post a Comment